Umur saya masuk ke tahun yg ke 30. Satu perubahan nombor yang besar. Sebelum ni seronok berada di usia 20-an..Skrg dh masuk 3-series..Umur mak2 (bak kata adik saya Helmi). Saya mmg seorang mak..Anak dah nak masuk dua orang bulan 6 ni , insya-Allah..Cumanya diri sendiri tak rasa macam mak2..sifat budak2 tu still ada..
Terfikir, umur dah banyak..diri makin tua. Setiap kali masuk ulang tahun kelahiran yg baru sure buat azam baru..(azam tahun baru saya start time birthday, since lahir awal tahun..hehe). Tahun ni azam saya masih sama seperti tahun2 lepas..ingin menjadi hamba Allah, isteri, ibu , anak, kakak dan pelajar yg terbaik.. Terbaca dlm blog seorang rakan Fedy, tentang wasiat Hassan Al-Banna utk memulakan tahun baru..Renungan yg amat berguna.
Renung wasiat Hassan al-Banna untuk mula tahun baru
SEMOGA kehadiran tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Pengalaman sepanjang 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin dapat kita ulangi. Orang cakap ‘sejarah mungkin berulang’ tapi adakah ia sama seperti pertama kali terjadi? Tak, kan? Kenangan manis, kita kenang sampai bila-bila. Kenangan pahit, kegagalan yang berlaku sepanjang 2011 kita anggap saja sebagai langkah yang perlu dilalui untuk kehidupan yang lebih berjaya. Sebagai muhasabah dalam memulakan langkah 2012, penulis ingin mengajak kita merenung wasiat dan nasihat Hassan al-Banna yang sangat relevan dan hidup kata-katanya walaupun beliau sudah tiada lagi antaranya:
Saya berazam utk tingkatkan amal ibadah saya walaupun sibuk menguruskan rumah tangga dan belajar..Seperti tahun2 sebelumnya, saya suka membeli hadiah hari jadi utk diri sendiri.. Tahun ni saya beli hadiah Telekung Siti Khadijah. Harganya agak mahal, tapi bila saya fikir telekung itu saya pakai utk menghadap Ilahi semasa solat..sudah tentu kita nak cantik2 dan bersih dpn Allah kan. Sedangkan pergi kerja dan keluar rumah pun kita sanggup beli baju mahal2, tudung Ariani la, Fareeda la..takkan di depan Allah asyik pakai telekung lama..Selalu kita pun akan rasa lebih yakin bila pakai baju baru dan cantik, saya harap dgn telekung ni saya dpt lebih khusyuk dlm solat..insya-Allah. Boley ke camtu? Tapi mmg betul kan..cuba kalau kita pakai telekung yg disediakan di tempat2 solat awam, yg kusam, berbau, kotor, bertaik lalat..sure xselesa dan rasa nak solat cepat2 kan. Tapi, kalau telekung lawa sangat, berbling2 pun susah jugak.Kang asyik dok tenung kain telekung je.."cantik betul telekung aku ni.." hehe..Nauzubillah..
Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk dan rahmat kpd saya dan keluarga..Amin.


